🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Dakwah Sentap!!😎

Logo of telegram channel dakwahsentapofficial — Dakwah Sentap!!😎 D
Channel address: @dakwahsentapofficial
Categories: Adult content (18+)
Language: English
Subscribers: 21.56K
Description from channel

“Whether you speak secretly or openly; He surely knows best what is hidden in the heart”
—Al Qur’an 67: 13

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


The latest Messages 125

2022-08-01 07:32:12 Selalu dibisik pada hatiku :

" Tujuan hidupmu bukan untuk bahagia, tapi tujuanmu ialah beribadah. Maka beribadahlah dengan sepenuh dan bersungguh-sungguh. Nescaya kau akan bahagia. "



@DakwahSentapOfficial
601 views04:32
Open / Comment
2022-08-01 07:32:12 Mengumpat ini bukanlah dosa kecil sebenarnya walaupun perbuatannya sangat mudah kita lakukan.

Sebenarnya mengumpat ini satu DOSA BESAR.

Nak taubat??

Kena minta maaf direct pada orang yang kita umpati selama ini.

Get the point?



@DakwahSentapOfficial
593 views04:32
Open / Comment
2022-08-01 07:32:12 Jika tidak berubah dengan pilihan, kita akan berubah juga dengan paksaan.

Allah datangkan ujian untuk mengubah kita. Setiap dosa ada derita...setiap derita adalah didikan.

Justeru, bagus jika diuji.
Selamat datang penderitaan.



@DakwahSentapOfficial
535 views04:32
Open / Comment
2022-08-01 07:32:12 Di dunia,
Semua manusia berjuang,
Semua manusia menangis dalam keadaan sakit.
Cuma perjuangan setiap manusia itu berbeza

Kita tidak bisa mengatakan pada bahu manakah yang paling terasa berat,
Kerana yang menggalas ujian itu bukanlah kita yang melihat
tetapi dia yang terluka.

Tuhan,
Sepertinya sukar untuk kembali rasa bahagia yang pernah ada.
Seakan-akan mustahil untuk berdiri dalam keadaan mata yang melihat keindahan tanpa mempedulikan keperihan.

Satu hal yang harus kita percaya,
tidak ada jalan sebaik jalan menuju Tuhan."



@DakwahSentapOfficial
431 views04:32
Open / Comment
2022-08-01 07:32:12 ANCAMAN BUAT WANITA YANG TIDAK MEMELIHARA AURAT

Sabda Nabi ﷺ:

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. Suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. Para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka menggoda lagi membuat orang lain tergoda. Kepala-kepala mereka kelihatan seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”

(Hadis riwayat Imam Muslim no. 5547)

Nabi ﷺ menyebut tentang wanita yang berpakaian (ertinya menutup) tetapi seolah-olah bertelanjang, disebabkan tidak cukup syarat-syarat dalam berpakaian menutup aurat.

Sekarang ini kita dapat melihat golongan yang disebutkan Nabi ﷺ ini. Ramai yang bertudung tapi sengaja memakai baju ketat yang menampakkan bentuk tubuh badan dengan jelas. Memakai pakaian yang jarang dan menampakkan aurat. Apatah lagi wanita-wanita yang langsung tidak menutup aurat dan berbangga berpakaian mendedahkan tubuh badan tanpa rasa malu.

Satu lagi golongan adalah mereka yang memakai sanggul tinggi untuk kelihatan cantik & berfesyen. Trend sekarang ini pula menyaksikan para wanita muslim melilit turban tinggi dengan pelbagai style yang disangka sudah cukup untuk menutup aurat mereka. Trend ini sangat meluas kerana dipopularkan oleh selebriti-selebriti wanita yang berpengaruh. Sangat menyedihkan.

Wahai para muslimah, jagalah aurat dan maruahmu. Ingatlah ancaman yang diingatkan oleh Nabi ﷺ ini. Jangan sampai dirimu termasuk golongan yang tidak mencium bau syurga!

Na'uzubillah



@DakwahSentapOfficial
347 views04:32
Open / Comment
2022-08-01 07:32:12 Sedikitkan Ketawa, Perbanyak Menangis

Ketawa itu perkara yang harus, tapi bila banyaknya ketawa akan menyebabkan kerasnya hati.

Banyak ketawa dapat mematikan atau mengeraskan hati.

Sedikitkanlah ketawa dan banyaklah kamu menangis.

Menangis kerana akhirat itu yang dituntut dalam agama kita.

Ada suatu kisah, seorang Sahabat Nabi yang menangis kerana kehilangan untanya.
Maka berita itu diketahui Rasulullah SAW, lalu Nabi bertanya.

Maka dijawab, kerana Untanya hilang.

Lalu Nabi mengatakan,
"Saya menyangka kamu menangis kerana terlepas takbiratul ihram bersama imam"

Kata sahabat itu, "Ya Rasulullah, adakah takbiratul ihram itu lebih baik dari unta aku?"

Jawab Nabi "ia lebih baik dari apa yang ada di muka bumi ini walaupun dipenuhi dengan unta kamu."

Rasulullah SAW mendidik para sahabat, supaya tidak merasa selesa/puas dengan kedudukan yang ada, supaya sentiasa mencari maqam yang tinggi disisi Allah.


- Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid



@DakwahSentapOfficial
264 views04:32
Open / Comment
2022-08-01 07:32:12 "Design AKHIRAT"

Kita akan buat seribu 1 cara untuk design perjalanan kehidupan kita di dunia.

Nak rumah besar, kereta mahal, duit banyak.

Tapi sayang, kita xpernah terfikir untuk 'Design syurga' kita macam mana.

Taman pokok-pokok di syurga dengan zikrullah, bina rumah kristal di syurga...

Setiap orang berbeza suasana syurganya...

Kalau didunia, banyak mana kita berkerja keras, cam 2 la hasil yang kita dapat.

Camtu jugak untuk syurga, banyak mana amalan yang kita lakukan, camtu jugak la hasilnya di syurga nanti.




@DakwahSentapOfficial
277 views04:32
Open / Comment
2022-07-31 03:28:59 Tinggalkan Jahiliah adalah Permulaan Tarbiah.

Tahukah kalian maksud Tarbiah? Tarbiah bermaksud BERUBAH.

Jika kita ikut tarbiah, tapi tak berusaha untuk berubah, bermakna, kita masih belum ikut tarbiah.

Nak tinggalkan jahiliah memang bukan sesuatu yang mudah.

Siapa yang pernah terjebak, dia akan tahu betapa perit dan pedihnya nak tinggalkan dosa dan maksiat.

Namun..

Harga Syurga adalah pengorbanan.
Harga Syurga adalah kesusahan.

Harga Syurga adalah ketabahan.
Harga Syurga adalah kesabaran.

Harga Syurga adalah keperitan.
Harga Syurga adalah tangisan.
Harga Syurga adalah rintihan.

Syurga bukan untuk orang yang bersenang-lenang di dunia, hanyut tenggelam "bergembira" dengan nafsu dosa noda.

Kerana, harta dagangan Allah itu mahal. Dan ketahuilah, harta dagangan Allah itu adalah Syurga.

Dan harganya adalah pengorbanan.

Ya Allah.

Berilah kami semua kekuatan untuk tinggalkan maksiat. Kami tak tahan ya Allah.

Kami terseksa dengan dosa. Ampunkan kami. Bebaskan kami.

Aaminn, Aaminn Ya Rabbal'Aaminn...



@DakwahSentapOfficial
739 views00:28
Open / Comment